Opti E Plus
2Opti E Plus – H2W Global Sdn. Bhd.

Opti E Plus ACSe adalah gabungan lengkap Tokotrienol, Vitamin E, Vitamin C, Vitamin A dan Selenium yang bertindah bersama untuk menghalang proses pengoksidaan yang merosakkan sel-sel badan.
Opti E Plus ACSe dengan sistem penyerapan bio-optima yang terkandung dalam softgelmembentuk satu sebatian setelah ia berinteraksidengan asidhidroklorik di dalam perut. Ini bukan sekardar meningkatkan kadar penyerapan tokotrienol ke 200% hingga 300%, tetapi ia juga memastikan penyerapan yang lebih sempurna.
Kombinasi Tokotrienol dengan Vitamin E, Vitamin C, Vitamin A dan Selenium di dalam Opti E Plus ACSe menjadikan ia gabungan antioksida yang amat kuat untuk melindungi dan melawan penyakit-penyakit kronik.
Enam Pengiktirafan Terbaik Yang Telah Diterima Oleh Opti E Plus (Tokotrienol):
1) Anugerah dari MITI (Minitry of International Trade and Industry) pada tahun 2004, Anugerah Khas untuk produk cemerlang (Produk Inovatif). Sila rujuk sini
2) Opti E Plus adalah keluaran Malaysia dan diiktiraf Halal oleh JAKIM. Sila rujuk sini
3) Mendapat anugerah Praktik Pengeluaran Baik (GMP – Good Manufacturing Practice). Sila rujuk sini
4) Opti E Plus mendapat kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pendaftaran bernombor MAL08061587X. Sila rujuk sini
5) Opti E Plus di PATENKAN di Amerika Syarikat dengan no paten 6,596,306 B1. Sila rujuk sini
6) Anugerah dari Tocotrienol Complex Won – Ingredient Of The Year 2010 USA. Sila rujuk sini
(**pengiktirafan diatas diterima pengeluar bagi produk yang mengandungi bahan tokotrienol)
Opti E Plus
Kandungan Opti E Plus:
1. Mengandungi Tokotrienol 50mg
- d-Alpha Tocotrienol 14.47mg
- d-Beta Tocotrienol 2.72mg
- d-Gamma Tocotrienol 27.27mg
- d-Delta Tocotrienol 7.50mg
- d-Alpha Tocoferol 20.32IU
- Alpha-carotene 4.88mg
- Beta-carotene 10.13mg
- Gamma-carotene 0.075mg
- Lycopene 0.075mg
3. From Natural Palm Mixed Carotenoids Complex Oil Suspension equivalent to Vitamin A 3,600IU
4. Ascorbic Acid (Vitamin C) 100mg
5. Selenium (from selenium yeast) 100ug
Kebaikan Tokotrienol (Vitamin E) Opti E Plus:
- Merendahkan kadar kolesterol
- Menstabilkan tekanan darah
- Mencegah penyakit Cardiovascular seperti Atheroscleresis dan angain ahmar
- Sebagai antioksida yang kuat dan dari sumber semulajadi
- Melindungi dan merawat urat saraf
- Sebagai agen anti penuaan
- Sebagai agen anti kanser
- Mengawal masalah rambut
Kebaikan Vitamin A Opti E Plus:
- Melindungi dan menjaga kesihatan mata
- Merendahkan risiko Karatak (penyakit mata)
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Melindungi sel-sel kulit dan anti penuaan
- Beta-Carotene penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
- Anti kanser
Kebaikan Vitamin C Opti E Plus:
- Sebagai antioksidan bina collagen untuk melindungi kulit supaya lebih segar dan licin
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
- Mematikan radikal bebas merbahaya
- Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
- Elakan dari sakit jantung dan beberapa jenis kanser
Kebaikan Selenium Opti E Plus:
- Sebagai antioksidan yang kuat
- Terbukti sebagai satu agen untuk melawan sesetengah jenis kanser
- Untuk melanbatkan penyakit yang berpunca dari virus malah melambatkan penularan penyakit HIV/AIDS
- Meningkatkan bilangan dan kuantiti sperma
- Membantu mengekalkan kesihatan rambut, kulit dan mata
- Membantu dalam menjaga fungsi kelenjar Thyroid
Keterangan Opti E Plus:
- Kuantiti : 30 softgel
- Cara pemakanan : 1 softgel
- Harga jualan : RM 140.00
- Harga diskaun (ahli H2W) : RM 115.00
- Sign up ahli H2W Global Sdn. Bhd. : RM 60.00
- Kos penghantaran : RM 10.00
Manufactured by :
- Hovid Berhad
Distributed by :
- H2W Global Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut/pembelian, sila hubungi:
- Syahrizal : 010-2212334
- Email: kom_cons9@yahoo.com
- YM : aimansyah69
(Pengedar di Perlukan Segera...!!!) 
Pembayaran boleh dibuat melalui: Maybank
– Account no: 155015066648 (MOHD SYAHRIZAL BIN RAHIM)
(* Selepas membuat pembayaran, sila sms/email nama, alamat, no. tel, dan kuantiti produk serta detail pembayaran dgn segera.)
Klik disini untuk membaca tajuk artikel yang berkaitan dengan Opti E Plus. 
RM20j: Malaysia biayai ujian tokotrienol dalam minyak sawit
0Tokotrienol

Tokotrienol
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Malaysia akan melabur hampir RM20 juta dalam enam ujian klinikal untuk mencapai penemuan perubatan dengan menggunakan tokotrienol dalam minyak sawit.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata, pelaburan berjumlah RM20 juta itu sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mempercepat pertumbuhan segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan di bawah Bidang Ekonomi Utama Nasional Minyak Sawit.
Tokotrienol
Ujian perubatan itu akan dikendalikan oleh pakar-pakar perubatan di AS, Singapura dan Malaysia untuk menentukan sama ada tokotrienol boleh mencegah berulangnya serangan angin ahmar, perkembangan ketumbuhan kanser payudara dan kanser kolorektal, serta melanjutkan kelangsungan hidup pesakit kanser prostat. – Bernama
Klik disini untuk mengatahui produk yang berasaskan Tokotrienol.
Vitamin E Tokotrienol cegah kanser
0Vitamin E
Soalan: Melalui pembacaan, Vitamin E baik untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Namun apabila mengunjungi farmasi, terdapat beberapa jenis vitamin E yang membuatkan saya agak keliru untuk membuat pilihan. Adakah semua adalah sama atau berbeza dari segi fungsinya?
Jawapan:-
Banyak pendedahan mengenai kebaikan Vitamin E, sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Walaupun penggunaannya meluas di kalangan wanita, namun ia lebih tertumpu kepada kecantikan kulit. Dengan sebab itulah banyak produk yang menawarkan untuk kegunaan luaran seperti untuk disapu terus ke atas kulit seperti untuk mencegah dan merawat parut.
Penyelidikan demi penyelidikan kini turut menemui manfaat Vitamin E yang lebih luas dan tidak terhad kepada kecantikan semata-mata, malah pengambilan dalam suplemen harian dengan dos yang sesuai boleh menyokong memperbaiki masalah kesihatan tertentu. Hasil penyelidikan juga mendapati ia tidak terhad kepada satu jantina sahaja, malah lelaki dan wanita memperolehi manfaat kesihatannya.
Vitamin E
Vitamin E Tokotrienol yang diekstrak daripada buah kelapa sawit merupakan anti oksida poten, iaitu 40 hingga 60 kali lebih berkesan berbanding Vitamin E tokoferol. Ia turut berbeza dengan tokoferol dari segi strukturnya, iaitu ketidaktepuan yang membezakan ‘kebendaliran’ dan fungsi-fungsi biologi yang memberikan manfaat unik.
Sempena kempen Pink Ribbon bulan oktober yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta sokongan ke atas kempen menangani isu kanser payu dara, hasil penyelidikan turut membuktikan bahawa pengambilan Vitamin E tokotrienol memberi kesan memberangsangkan.
Kanser payu dara kekal sebagai kanser yang paling umum di kalangan wanita di seluruh dunia. Malah peningkatan statistik kanser payu dara dianggap membimbangkan. Setiap tahun, satu juta wanita didiagnosis dengan kanser payu dara. Kebarangkalian setiap seorang daripada dua puluh orang wanita berisiko mendapat kanser payu dara.
Pengurangan risiko kanser payudara
Tokotrienol boleh dijadikan senjata menentang kanser kerana mekanismenya dalam mencegah proliferasi dan kebolehhidupan sel tumor serta mempamerkan ciri-ciri anti-kanser yang unggul, berbanding antioksida lain. Ia bukan sahaja menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, bahkan memulakan apoptosis – proses kematian sel-sel kanser yang tidak mampu dilakukan oleh Vitamin E Tokoferol.
Kajian turut mendapati bahawa paras tokotrienol banyak berbeza dalam tisu-tisu berkanser dan tidak berkanser, namun paras tokoferol adalah sama. Ini menunjukkan bahawa tokotrienol dapat menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara secara berkesan, manakala tokoferol tidak mempunyai kesan yang signifikan.
Sebagai terapi tambahan kanser payudara
Tokotrienol juga bertindak secara sinergi dengan Tamoxifen – ubat rawatan kanser payudara yang merencat aktiviti estrogen. Tokotrienol juga meningkatkan keberkesanan Tamoxifen tanpa mengira status reseptor estrogen. Kajian lima tahun ke atas 240 penghidap kanser payudara peringkat awal, menunjukkan terapi kombinasi Tamoxifen dan tokotrienol mempunyai kadar daya hidup yang lebih tinggi dan kejadian pengulangan yang lebih rendah berbanding rawatan Tamoxifen sahaja. Dengan itu, tokotrienol berpotensi sebagai terapi tambahan dengan ejen anti-kanser lain bagi mengelak toksisiti atau tindakan terapeutik yang terhad dengan monoterapi yang berdos tinggi.
Vitamin E
Penyelidikan lain juga memperlihatkan vitamin E tokotrienol, khususnya gama dan Delta memberi perlindungan selamat dan berkesan terhadap radiasi. Tokotrienol juga boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat radiasi kerana bahan anti oksida dan anti-radangnya.
Berbanding sumber tokotrienol yang lain seperti minyak bran beras, germa gandum, barli, oat dan beberapa lagi, minyak dari buah kelapa sawit didapati lebih lengkap. Malah ia sesuai untuk penggunaan jangka panjang serta mempamerkan profil keselamatan yang baik.
Sumber Utusan Malaysia 16/10/2011 : http://adf.ly/3Guzx
Klik disini untuk membaca tajuk artikel yang berkaitan dengan Tokotrienol Vitamin E. 
Persidangan Tokotrienol Menggalakkan
0Tokotrienol
Bentang hasil penemuan kajian bagi pencegahan penyakit kronik
LAS VEGAS: Persidangan Antarabangsa Tokotrienol dan Penyakit Kronik Kali Kedua yang dianjurkan Pejabat Wilayah MPOB, Amerika Syarikat dengan kerjasama Ibu Pejabat MPOB, di sini, baru baru ini, mendapat sambutan amat menggalakkan.
Tujuan persidangan adalah bagi mempromosi tokotrienol minyak sawit dan membentangkan kebaikannya penemuan kajian bagi pencegahan penyakit kronik seperti kanser usus, kanser prostat, kanser payudara, penyakit kardiovaskular, penyakit saraf dan inflamasi.
Tokotrienol
Persidangan dua hari itu berlangsung di Hotel Wynn. Seramai 31 penceramah dari 5 negara termasuk Malaysia, AS, Korea Selatan, Itali dan Turki membentangkan hasil kajian berhubung tokotrienol. 75 peserta menyertai persidangan ini.
Saintis dan Penyelidik MPOB juga turut membentang kertas kerja termasuk Dr Kalanithi Nesaretnam, Dr Fu Ju Yen, Dr Harrison Lau Lik Nang dan Puan Zaizuhana Shahrim.
Persidangan itu adalah usaha MPOB membantu industri sawit Malaysia mempromosikan tokotrienol berasaskan sawit di pasaran AS.
Syarikat Malaysia seperti ICOF (M) Sdn Bhd, SuperVitamins Sdn Bhd, Carotino Sdn Bhd, Mawang Sdn Bhd, Palm Neutraceuticals Sdn Bhd, Hovid Berhad dan Davos Life Science Pte Ltd (anak syarikat Kumpulan KLK) dari Singapura turut menyertai persidangan ini.
Persidangan tokotrienol 2 hari itu dibahagikan kepada 4 sesi yang membincangkan tajuk berhubung kait dengan Clinical Trials, Mechanistic Insight and Method of Analaysia, Role of Tocotrienols in Disease Prevention and Tocotrienols From Laboratory to the Market.
Antara saintis terkemuka membentangkan kertas kerja adalah Dr Chandan Sen (AS), Dr Bharat Aggarwal (AS), Dr Francesco Galli (Itali), Dr Ki Baik Halm (Korea Selatan), Dr Nesrin Kartal Ozer (Turki) dan Prof Yuen Ka Hay (Malaysia).
Persidangan turut membincangkan langkah perlu dilaksanakan bagi menjamin kejayaan proses pengkomersialan tokotrienol di AS.
Tokotrienol
John Low daripada PEMANDU yang membentangkan kertas kerja bertajuk Palm Oil: National Focus menjelaskan kepentingan produk berasas tokotrienol sawit sebagai penjana pendapatan kepada industri dan ekonomi negara.
Beliau berkata, di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang menjadi teras kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 sektor industri dipilih Kerajaan Malaysia sebagai penjana pertumbuhan penting termasuklah industri minyak sawit.
Di bawah NKEA, industri sawit disasar menjana Pendapatan Kasar Negara sebanyak RM178 bilion menjelang tahun 2020 berbanding RM52.7 bilion pada tahun 2009.
Sumber Berita Harian: http://bit.ly/of6NE2
Klik disini untuk membaca tajuk artikel yang berkaitan dengan Tokotrienol. 






